Mimi:For Dear Yayah~
Assalamualaikum,and bounjour!This blog is about a naive and young girl setting up her dreams to get 5A's in UPSR.So juat ask the waiter:Un cafe'seel voo pley?
Friday, 16 December 2011
Lawak sungguh!(PART 2)
Sambung balik,akhirnya kami berhenti dan makan durian,apabila mereka menghulur kepada saya saya geleng kerana takut sekiranya saya akan lebih terkucil.Saya akhirnya memberitahu perkara sebenar kepada ibu saya.Ibu saya mengajak saya pergi ke sungai berhampiran.Saya membuang air kecil di tempat kejadian.(Seperti CSI:NY pula)Kemudian saya membasuh seperti orang didalam hutan,menggunakan daun dan air.Selepasitu saya membasuh tangan dan berasa puas.Selepas itu saya makan durian tetapi tidak banyak sekitar dalam 2 ulas besar.Kemudian saya makan rambuatn dan manggis.Waduh!Balik saja dari sana,sampai dirumah tidak sampai 20 minit.Bos abang saya datang bersama keluarganya dan juga Abang Ad' kawan abang saya bersama adiknya.Kemudian saya membeli sate dan bihun sup bersama ayah saya.
Lawak sungguh!(PART 1)
Assalamualaikum lagi sekali,siapa yang tidak menjawab dosa,yang menjawab Alhamdulillah.Sebenarnya saya mahu menceritakan satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.Pada 14/12/11 yang lepas,saya bersama ibu bapa pergi ke Pahang kerana kawan ayah saya mengajak untuk melihat dusun durian.Disana,saya dapat melihat banyak buah durian yang gugur kemudian diambil oleh pekerjanya.Apabila berjalan ke belakang sebuah bangsal,kami dapat melihat dua ekor beruk dikurung.Seekor gemuk manakala seekor lagi kurus.Uncle itu kata,bahawa dia menggunakannya untuk memetik buah.Gerun saya melihat dua ekor binatang itu.Apabila kami mula berjalan,saya terasa hendak terkucil pula.Saya menahan sahaja sehingga kawan ayah saya itu menyuruh isterinya dan ibu saya duduk di tunggul kayu kerana takut mereka keletihan.Saya genggam tangan ibu saya.Ibu saya bertanya "kenapa?" saya geleng sahaja.Akhirnya ayah saya pulang dan kami berjalan perlahan-lahan.Tiba-tiba , terdapat sebuah durian gugur di belakang saya.Terkejut saya bukan kepalang!Pekerjanya mengutip durian tersebut bersama durian lain . . . . . . .
Goodbye Bed!
Assalamualaikum semua,pada esok hari iaitu 17/12/11 saya akan bertolak ke Kedah.Pada 20/12/11 pula saya akan bertolak ke Perlis kerana mengikuti ayah saya punya outstation.Dan saya mungkin akan balik semula pada 25/12/11.Adakah kamu semua akan merindui saya?Jika ya comment.Jika tidak,tidak perlu membuka blog saya ini.Hehe..Selamat tinggal semua. XD
Friday, 9 December 2011
Mengapa?
Assalamualaikum,Owh mengapa?Ramai orang suka kat dia?Mengapa?Mengapa?Siapakah dia?Mahu tahu jawapannya?Nama dia Adalah "Faceboookkkk......
Subscribe to:
Posts (Atom)