Assalamualaikum,and bounjour!This blog is about a naive and young girl setting up her dreams to get 5A's in UPSR.So juat ask the waiter:Un cafe'seel voo pley?
Friday, 16 December 2011
Lawak sungguh!(PART 2)
Sambung balik,akhirnya kami berhenti dan makan durian,apabila mereka menghulur kepada saya saya geleng kerana takut sekiranya saya akan lebih terkucil.Saya akhirnya memberitahu perkara sebenar kepada ibu saya.Ibu saya mengajak saya pergi ke sungai berhampiran.Saya membuang air kecil di tempat kejadian.(Seperti CSI:NY pula)Kemudian saya membasuh seperti orang didalam hutan,menggunakan daun dan air.Selepasitu saya membasuh tangan dan berasa puas.Selepas itu saya makan durian tetapi tidak banyak sekitar dalam 2 ulas besar.Kemudian saya makan rambuatn dan manggis.Waduh!Balik saja dari sana,sampai dirumah tidak sampai 20 minit.Bos abang saya datang bersama keluarganya dan juga Abang Ad' kawan abang saya bersama adiknya.Kemudian saya membeli sate dan bihun sup bersama ayah saya.
Lawak sungguh!(PART 1)
Assalamualaikum lagi sekali,siapa yang tidak menjawab dosa,yang menjawab Alhamdulillah.Sebenarnya saya mahu menceritakan satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.Pada 14/12/11 yang lepas,saya bersama ibu bapa pergi ke Pahang kerana kawan ayah saya mengajak untuk melihat dusun durian.Disana,saya dapat melihat banyak buah durian yang gugur kemudian diambil oleh pekerjanya.Apabila berjalan ke belakang sebuah bangsal,kami dapat melihat dua ekor beruk dikurung.Seekor gemuk manakala seekor lagi kurus.Uncle itu kata,bahawa dia menggunakannya untuk memetik buah.Gerun saya melihat dua ekor binatang itu.Apabila kami mula berjalan,saya terasa hendak terkucil pula.Saya menahan sahaja sehingga kawan ayah saya itu menyuruh isterinya dan ibu saya duduk di tunggul kayu kerana takut mereka keletihan.Saya genggam tangan ibu saya.Ibu saya bertanya "kenapa?" saya geleng sahaja.Akhirnya ayah saya pulang dan kami berjalan perlahan-lahan.Tiba-tiba , terdapat sebuah durian gugur di belakang saya.Terkejut saya bukan kepalang!Pekerjanya mengutip durian tersebut bersama durian lain . . . . . . .
Goodbye Bed!
Assalamualaikum semua,pada esok hari iaitu 17/12/11 saya akan bertolak ke Kedah.Pada 20/12/11 pula saya akan bertolak ke Perlis kerana mengikuti ayah saya punya outstation.Dan saya mungkin akan balik semula pada 25/12/11.Adakah kamu semua akan merindui saya?Jika ya comment.Jika tidak,tidak perlu membuka blog saya ini.Hehe..Selamat tinggal semua. XD
Friday, 9 December 2011
Mengapa?
Assalamualaikum,Owh mengapa?Ramai orang suka kat dia?Mengapa?Mengapa?Siapakah dia?Mahu tahu jawapannya?Nama dia Adalah "Faceboookkkk......
Thursday, 1 December 2011
Terfikir?~
Assalamualaikum,hmm,sudah salam yang keberapa ya?Takpelah.Saya terfikir,apakah cara yang saya boleh lakukan untuk bagi blog saya di follow ramai?Ada sesiapa yang mahu jawab?(......)Saya tahu saya keseorangan nak buat macam mana kan?Kelengkapan sekolah dah dibeli....Buku je belum.Setakat ini sahajalah perbincangan saya .Wabillahhitaufiqwalhidayahwassalamualaikum warahmatullah.
Gembira Tak Terkira!
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh!(Pergh,hari ini jawab penuh!)Saya ingin mempersembahkan blog terbaru saya!!!!!!!!Jang x3!Cantik tak?Kadangkala saya rasa gila sebab cakap sorang-sorang dalam blog.....Dahlah takder kawan!Follow ini pun dipaksa!:'( Semoga gembira selalu!
Saturday, 5 November 2011
Aku Benci Kamu!
Assalamualaikum,hanya Allah saja yang tahu betapa banyak tahap kemarahan saya pada dia.Jika cerita lebih-lebih tahulah siapa yang berbuat demikian.Apabila mahu membuat persembahan yang betul,"Sorry,aku tak bawa benda la wei".Sengaja mahu membangkitkan nafsu.Apabila orang main sekejap marah,kata"Wei,nanti kemiklah kertas tuh!".Waktu practice bawak,waktu hari yang dinanti-nantikan tak bawa pula.Bila orang marah sedikit marah orang balik.Takkan lah setakat bawa beg kecil sampai tak teringat langsung mahu bawa barangnya.Sudahlah setiap orang bayar untuk membeli itu di bookshop.Tidak terasa ke erti tolong -menolong,mak saya kata,kalau dah jadi macam tu,tidak perlu beri dia untuk menyimpan barang lagi.Lagipun,bukankah boleh simpan disekolah?Melainkan ada sesi petang disekolah tetapi tidak ada.Adakah ini perangai kepada orang yang kita mengharapkan?Sudahlah penat Arisha dan lain-lain memikirkan gaya yang sesuai untuk menutup perkara itu.Ah,puas hati saya meluahkan perkara yang tercatat didalam hati!Lega betul!Alhamdulillah......
Friday, 7 October 2011
Sakit!:(
Assalamualaikum,walaupun takder saper follow ataupun baca tetap nak buat jugak!Sebab dah lama tak buat blog,selama ni lepak ngan Facebook,Twitter dan Youtube.Hai,macam mana nak cakap yer?Tengah sakit tekak jadi tak nak cakap banyak tapi penat itu teramat!Semalam makan malam kat Johnny's di Jusco Klang.Macam orang tak demam,makan tak ingat dunia selepas buanglah apa yang!(Bagi yang sedang makan sila berhenti dahulu!)[kalau ada yang tengah baca]saya tahulah blog saya ni tak ramai yang menjadi pengikut,daripada ikut blog saya ni lagi bagus mengikut sunnah nabi muhammad (swt).Sekian ini sahaja bingkisan daripada saya,tak sabar nak baca novel terbaru di pasaran!Dari Kak Lily Haslina Nasir dan Kak Ain Maisarah!
Friday, 29 July 2011
Persembahan Kitar Semula!
Assalamualaikum dan heloox2 kepada semua!Waktu pagi x2 muka putih berseri x der mekap,sampai sekolah "hai,semua cepat mekap!" :Cikgu Joseph terasa pilu hati di dada.Lepas mekap (macam hantu)diorang kata "eh,syamimi ke ni?'' malu pulak rasa.Diorang sambung balik macam hantu!aduh tapi diorang berguaru jer.Cikgu Joseph kata Syamimi nanti cikgu mekap cantik x2 waktu tengah pakai eye shadow.Bila balik rumah nak basuh,mak kata basuh ngan pembersih muka sekali,mula x2 guna air je,tapi x hilang juga,gunalah pembersih muka!tapi celak kurang mak hilang,jadi kat sekolah agama pon guna tisu nana lap lah mata ku!Ok Bye~!
Tuesday, 26 July 2011
Hari Nih Ader Kokurikulum~!
Assalamualaikum dan heloox2 lagi sekali buat semua di sini saya ingin meluahkan perasaan saya pada ketika ini iaitu saya sakit perut yang pertama dan malas nak pergi koko!{sila tutup telinga bagi yang tidak mahu pekak tu yer!}Buat pengetahuan anda semua kami dari kelas 5 Berlian akan membuat persembahan 1 Malaysia &Kitar Semula? di hadapan semua orang dihadapan 700/800 lebih orang di pentas SK Seksyen 6!!!!Sungguh menggegarkan dan menakutkan!~_~ saya akan menjadi wakil murid bersama rakanx2 lain.Ok bye~bye jumpa lagi!
Sunday, 24 July 2011
SUKANEKA TAHAP 2 DI STADIUM MATSUSHITA!(seksyen 21!)
Assalamualaikum dan heloox2 kepada semua sahabat dan manusia di muka bumi ini!(Hah,panjangnyer!Nasib baik cukup nafas!)Dengan hati yang berat saya mengisytiharkan rumah MERAH yang menang tahun ini!(Merah nyer,bagi yg rabun tu silalah buka mata anda!)Walaupun HIJAU dapat last~saya masih redha.(Sabo Jela~){saya tahu rumah ustaz(husni)menang tolonglah belanja saya KFC~yer.}Walaupun rumah HIJAU dapat tempat terakhir,kami faham kesilapan kami.Dan walaupun Shahir menangis dengan teresaknya [walaupun lelaki&ckgu zulkefleeberpura x2menangis!](Syafinaz x menangis)KAMI~akan tetap berjuang demi menjaga maruah rumah HIJAU!
~LIRIK LAGU RUMAH HIJAU~
Give mean 'H' x2,
Give me an 'I' x2,JAU,Say we HIJAU.Go SHAHBANDAR x3.Fight SHAHBANDAR x3!BYE X2~
~LIRIK LAGU RUMAH HIJAU~
Give mean 'H' x2,
Give me an 'I' x2,JAU,Say we HIJAU.Go SHAHBANDAR x3.Fight SHAHBANDAR x3!BYE X2~
Saturday, 23 July 2011
Hari Yang Bahagia!
Alhamdulillah,selepas Nazatul x datang kat rumah aq ,Syazana dan Nadia pergi ke Pameran Pedang Rasulullah dan Sahabat R.A. .Selepas itu dengan selesanya ingatkan nak makan kat FOODCOURT!(yg ada kat situ)Sungguh memalukan apabila tgh senduk nasi tiba-tiba ada pak cik tu tanyer "adik nih dari mana ikut diorang semua ke?" rupanya makanan disitu untuk orang lawatan.... ~_~ apa lagi cabut larilah sambil mulut muncung.Dan akhirnya aq,Syazana dan Nadia dapatlah makan McDonald!Apakata Nana?Sedap?Thumbs up!(Itupun selepas Nadia penat memikirkan nak makan aper!)
Friday, 22 July 2011
PROJEK KT
wweeyh! aku geram btoilah ngan si nazatul nieyh!! baru nak wat KT kat umah aq teros balik kampung!Balik kampung x bagitau awal2!boleh tunda hari lain .takpelah aq kan baek!:p
Thursday, 14 July 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)